Pengambilan dibuka · Tempat terhad

Kelas Repair Telefon Advance · iPhone & AndroidJadi technician yang orang lain rujuk.

Kelas 10 hari intensif tahap Advance/Pro repair iPhone & Android. 100% hands-on atas board sebenar. Lepas kelas, kami tak tinggal awak. Support seumur hidup dalam group alumni.

19–28 DisDisember 2026
KuantanPahang
RM3,500SPayLater / Atome

Pelajar FixGurus buat kerja praktikal di meja kerja masing-masing
Kelas sebenar: setiap pelajar ada meja kerja sendiri
8 batchSejak 2023
10 hariBootcamp intensif
100%Hands-on atas board
146+Ahli komuniti alumni
27K+Pengikut TikTok cikgu
Seumur hidupSupport lepas kelas
Cikgu Anda

Dua cikgu. Dua kepakaran berbeza.

Seorang pakar kerja halus atas board. Seorang lagi pakar cari jalan bila semua orang kata "dah tak boleh repair".

Muhammad Sabri

Muhammad Sabri

iPhone Board-Level Specialist

Professional phone repair technician yang mendalami microsoldering. Pakar kerja paling halus: reball CPU, NAND dan i2c, sampai ke chipset transfer dan data recovery.

Reball CPUNANDi2cChipset TransferData Recovery

Antara kes sebenar:

  • Motherboard rosak terukChipset transfer ke board lain, telefon hidup semula.
  • iPhone 14 Pro Max mati tiba-tibaReball CPU, telefon boot semula dan data pelanggan selamat.
  • iPhone 13 motherboard rosak, owner nak dataBaiki motherboard sampai data dapat diselamatkan.
  • 13 Pro Max white screenJumper line yang putus, terus selesai.
  • Samsung S23 Ultra asyik restartSelesai dengan reball CPU.
  • iPad Air mati, kapasitor terbakarRepair dan data recovery.

"Kemahiran repair HP ni ubah hidup aku upside down. Aku harap dapat bantu korang yang muda-muda lagi."Muhammad Sabri

@sabriapptech · 21.4K pengikut
Encik Nurul

Encik Nurul

Troubleshooting & Modification

Bila kes nampak "mustahil", Encik Nurul cari jalan yang bukan repair biasa. Antara kes sebenar:

  • NAND asal rosak, syscfg hilangRecover syscfg guna NAND lain + P13.
  • Line signal WiFi dari CPU shortBuat signal "olok-olok" untuk hidupkan WiFi IC.
  • Line enable kamera tak keluarModify supaya kamera hidup bila skrin on.
  • iPhone 11 dengan dua SIM fizikalModify supaya boleh guna dual physical SIM.
  • Upgrade storage 128GB → 1TB14 Pro Max, video ini ditonton 221K kali.
  • Dongle USB sistem SWIFT (bank) rosakBerjaya dipulihkan semula.

"Setiap pakar pun dulu bermula sebagai beginner. Kesilapan adalah normal. Setiap kali korang belajar dari kesilapan tu, korang dah selangkah lebih dekat dengan kejayaan."Encik Nurul

@fixgurusnurul · 5.6K pengikut
Silibus 10 Hari

Dari asas sampai tahap pro.

Kami mula dengan "Back to Basic", faham schematic & jalan kerja, kemudian terus ke kerja yang paling bernilai di kedai repair.

🔥

Pengerjaan CPU

Teknik cabut, reball & pasang CPU. Jumper torn pads, cari traces putus, handle DTC under CPU, pengendalian board CNC.

💾

Chipset Transfer & Data Recovery

Kerja paling bernilai: pindah chipset dan selamatkan data pelanggan. CPU rework iPhone & Android.

🤖

Android Data Reading

Rework CPU Android dan data reading untuk 30+ model, dengan atau tanpa CPU.

📶

Baseband iPhone 12

Blok LDO / SMPS / PA, teknik pengukuran, troubleshoot No Service / Searching dan cara baiki.

🙂

Face ID, Binding & Storage

Binding/unbinding XS–11, tools upgrade storage, baiki Face ID, ganti earpiece & kamera tanpa ganggu Face ID.

📐

Schematic & Back to Basic

Faham schematic dan jalan kerja setiap feature, dengan nota & rujukan baru yang mudah faham.

⚡

Charging BARU

Jalan kerja charging: charging IC, Rubicon charger, USB IC + charging EPROM.

📱

Siri 15–17 BARU

Simptom kerosakan lazim iPhone 15 hingga 17 dan cara troubleshoot.

🧭

Network, NFC, GPS, Gyro BARU

Troubleshoot baseband/network serta NFC, GPS dan gyro.

Modul Eksklusif

Nota yang awak bawa balik, dan rujuk bertahun-tahun.

Modul "10 Days Workshop Phone Repair Training" disusun sendiri oleh cikgu FixGurus. Ini sekadar intipan. Modul penuh hanya untuk pelajar.

  • Flowchart troubleshooting: No Service, WiFi/BT, kamera, charging, Face ID, NAND
  • Signal trace penuh iPhone 13: boot, audio, kamera, charging, NFC, display
  • Panduan reball layer atas & bawah, langkah demi langkah
  • Analisis power supply: SBO, SAO, corak amp draw
  • "FixGurus Pro Tip" daripada pengalaman sebenar di kedai
Saya nak modul ni →
📖 Intipan modul1 / 22
Tengok Cikgu Kerja

Bukan cakap kosong. Kerja kami ada atas TikTok.

Setiap minggu cikgu FixGurus kongsi kes sebenar dari meja repair. Video mereka dah ditonton ratusan ribu kali.

Encik Nurul · @fixgurusnurul

  • iPhone 15 Plus upgrade storage 128GB → 256GB252K tontonan
  • 14 Pro Max upgrade storage 128GB → 1TB221K tontonan
  • iPhone 11: hilangkan garis hitam di skrin95K tontonan
  • 15 Pro: LCD transfer IC, elak "unknown parts"77K tontonan
Tonton di TikTok →

Muhammad Sabri · @sabriapptech

  • iPhone 14 Pro Max green screen: cara baiki27K tontonan
  • 13 Pro Max white screen: selesai dengan jumper26K tontonan
  • iPhone 13 motherboard rosak, owner nak data12.5K tontonan
  • Samsung S23 Ultra mati tiba-tiba: reball CPU7.7K tontonan
Tonton di TikTok →
Anjuran FixGurus

Kami bawa master dari Shenzhen ke Malaysia.

YCS Malaysia Repair Knowledge Sharing, 14–15 Januari 2026 di Nexus Bangsar South. FixGurus anjurkan perkongsian teknik terus daripada pakar repair Shenzhen. Semua kandungan diterjemah dan diberi sari kata, dan sesi soal jawab diterjemah secara langsung.

Ilmu yang kami bawa balik itulah yang kami ajar dalam kelas.

🔬
Master YCS YangShenzhen · Pakar motherboard
📱
Master Kayden LaiPakar repair skrin
📱
Master LiuPakar repair skrin
Kenapa FixGurus

Bukan sekadar kelas. Satu pakej lengkap.

🛠️
100% Hands-On

Kerja atas board sebenar dari hari pertama, dari asas hingga tahap pakar.

📚
Nota & Schematic

Modul dan schematic eksklusif yang awak bawa balik.

🤝
Support Seumur Hidup

WhatsApp group, FB group dan Discord. Tanya bila-bila, walaupun lepas bertahun.

🏪
Panduan Bisnes

Setup tools & software dan panduan buka bisnes repair sendiri.

🛏️
Penginapan Disediakan

Datang dari jauh? Tempat tinggal sepanjang kelas disediakan.

🔧
Tools Disediakan

Tak cukup tools? Kami sediakan sepanjang kelas.

🎓
Sijil Penyertaan

Sijil FixGurus Academy untuk setiap pelajar yang tamat.

👥
Untuk Semua Peringkat

Owner kedai, freelance, staf kedai, atau yang mula dari zero.

Perjalanan Pelajar

Dari daftar, ke kelas, ke keluarga alumni.

Lapan batch sejak 2023. Setiap batch melalui perjalanan yang sama, dan semuanya berakhir dalam group yang sama.

Sebelum kelas

  • Masuk group batch 1–3 bulan awal
  • Senarai tools wajib, dengan pilihan ikut bajet
  • Nama penuh & saiz baju untuk sijil
"Alhamdulillah, setelah berhempas pulas kumpul duit, dapat jugak saya sertai kelas ni."Pelajar, sebelum kelas

10 hari kelas

  • Hands-on atas board sebenar setiap hari
  • Dari asas elektronik hingga reball CPU
  • Makan, belajar & berkongsi sama-sama
"Jangan datang tangan kosong. Kami nak anda bawak balik handskill."Encik Nurul, kepada pelajar

Selepas kelas

  • Terus masuk group fixgurus Alumni
  • Tanya kes sebenar, cikgu & senior bantu
  • Support tanpa tarikh tamat
"Rindu dah ke?" "Gila tak rindu!"Pelajar, sehari selepas kelas tamat
Lepas Kelas

Kelas habis 10 hari. Hubungan kita tak habis.

Sejak batch pertama Februari 2023, semua alumni masuk satu group WhatsApp yang sama. Alumni hantar kes sebenar dari kedai, cikgu dan alumni senior bantu sampai settle. Sampai hari ni, group tu masih aktif.

81,000+mesej dalam group alumni sejak 2023
4,300+soalan daripada alumni, dijawab dalam group
26,000+mesej daripada 2 cikgu, bantu alumni
167orang dalam group, dari 8 batch

"Takkan kelas 10 hari balik terus pandai. Tanya dalam group."Prinsip cikgu FixGurus

Mr Sab: "Bagus lah korang, walaupun jumpa 14 hari tapi macam adik-beradik. Suka aku."

Alumni: "Insya-Allah cikgu. Hubungan ni kami jaga hingga yaumul Mahsyar 🤲🏻❤️"

Dalam group alumni · Jun 2023
fg
fixgurus AlumniPerbualan sebenar · 21 April 2025
Alumni · 7:52 PMNak tanya, iPhone 12 Pro on/off problem. Tukar 2–3 ribbon on/off sama jugak. Apa solution ya?
Encik Nurul · 7:53 PMDiode reading side button tu dah ukur belum? Ada ke reading, ke OL?
AlumniSudah, semua bacaan sama. Telefon hidup macam biasa.
Encik NurulKalau hang trigger pakai tweezer, hidup dak?
AlumniTrigger hidup.
Encik NurulSama ada connector, atau GND hang tak pi ke GND. Hang pi siasat bila tekan button on/off tu, dia short-kan line mana satu. Faham ka? Ka nak aku buat video?
Alumni · 8:23 PMOk settle dah cikgu ✅
Pesan Cikgu

Dari group alumni, untuk anak murid.

Antara pesanan cikgu kepada alumni dalam group WhatsApp.

"Jangan pernah berhenti belajar. Kalau rasa susah, rehat kejap, lepas tu teruskan usaha. Semua benda besar bermula dengan langkah kecil."Encik Nurul
"Kalau ko buat CPU, ko dapat pengalaman tak? Gagal atau berjaya, belakang cerita."Encik Nurul
"Kalau ada masalah, jangan malu atau segan nak mesej aku. Aku sentiasa ada untuk bantu dan guide korang."Encik Nurul
"Set mental untuk jadi lebih baik dari semalam. Jangan lupa training, mantapkan skill repair phone."Muhammad Sabri
"Jangan putus asa, aku ada kat belakang korang. Senior-senior, tolong junior."Muhammad Sabri
"Tanya soalan. Kami marah, kami sayang, bukan kami benci."Muhammad Sabri
Perpustakaan Video Alumni

360+ video guide dalam group alumni.

Lebih 220 video daripada 2 cikgu, dan 140+ lagi daripada alumni senior sendiri. Ini antara yang paling banyak reaksi dan komen. Klip pendek sahaja; video penuh untuk alumni.

Cikgu
Buang notifikasi "Important camera message" tanpa tukar ribbon kameraEncik Nurul👍 37  💬 51
Cikgu
iPhone 13 Mini: No Modem FirmwareEncik Nurul · Video penuh 11 minit👍 50  💬 26
Cikgu
iPhone 15 Plus: baca & tulis data cip WiFiEncik Nurul · “Perfect gilo video.. macam upah orang buat bayar 30 ribu”👍 39  💬 10
Cikgu
Fullswap board iPhone 12 ProMuhammad Sabri · Video penuh 1 jam 2 minit👍 39  💬 7
Cikgu
Separate layer iPhone 13 Pro Max, realtime 220°CMuhammad Sabri👍 31  💬 15
Senior alumni
Cuci cip guna cecair pencuci PCBAlumni · Cikgu tag semua: “tengok ni sifu master jumpa benda baru”👍 32  💬 40
Kata Alumni

Dari zero, balik bawa ilmu.

Terima kasih cikgu untuk video reball layer. Sangat membantu. Nampak simple bagi cikgu, saya buat 2–3 kali baru tahu cara yang betul.

Video ulang kaji daripada Mr Sab.

H
HattaAlumni batch Ogos 2023
Terima kasih cikgu. Banyak lagi nak kena improve.

Seminggu selepas kelas tamat. Pelajar kami datang dari pelbagai latar, termasuk ustaz.

U
Ustaz SyaukaniAlumni batch Penang, Nov 2023
Alhamdulillah, setelah berhempas pulas kumpul duit, dapat juga saya sertai kelas ni.

Sebulan sebelum kelas bermula.

R
RashidAlumni batch Okt 2024
Sket lagi nak balik modal kelas.

Lebih kurang 2 minggu selepas tamat kelas. Tahun depan dia plan hantar staf pula.

F
FirdausAlumni batch Jun 2026
Dari tak tahu guna blower & power supply, sekarang dah boleh reball.

Masuk kelas dari zero.

H
HarithAlumni batch Jun 2026
Saya ikut yang cikgu ajar masa kelas tu.

Selepas kes pelanggan berjaya settle.

K
KhalidAlumni batch Jun 2026
Kedai repair milik alumni FixGurus
Bukti Sebenar

7+ alumni dah buka kedai sendiri.

Dari Penang sampai Kelantan, alumni FixGurus buka kedai sendiri selepas tamat kelas.

  • Farme TechBatch Ogos 2023
  • Cawangan Kelantan2023
  • Kimi, PenangBatch Penang 2023
  • Yun, Rantau Panjang2024
  • Arip2024
  • HasifKedai baru, Jul 2026
  • Mohamed AdamBatch Jun 2026

Kelas ni bukan untuk hobi. Ia untuk awak jana pendapatan.

Galeri

8 batch. Belajar sama-sama, makan sama-sama.

10 hari bukan sekadar kelas. Setiap batch sejak 2023 jadi satu keluarga. Ini album setiap batch, terus dari group kelas.

Klik mana-mana batch untuk tengok album penuh.

Soalan Lazim

Soalan tentang kelas repair telefon kami.

Saya zero, tak pernah repair telefon. Boleh ikut kelas ni?

Boleh. Ramai alumni kami masuk kelas dari zero. Kelas bermula dengan "Back to Basic": faham schematic dan jalan kerja setiap feature, sebelum masuk kerja tahap advance seperti reball CPU dan chipset transfer.

Apa beza kelas ni dengan kursus repair handphone biasa?

Ini kelas tahap Advance/Pro selama 10 hari, 100% hands-on atas board sebenar. Silibus fokus kerja yang paling bernilai di kedai: reball dan rework CPU, chipset transfer, data recovery, baseband, Face ID, charging dan siri iPhone 15–17.

Kelas ni untuk iPhone sahaja atau Android juga?

Kedua-duanya. Selain iPhone, kami ajar rework CPU Android dan data reading untuk 30+ model Android.

Di mana kelas baiki telefon ni diadakan?

Kelas utama di Kuantan, Pahang, dengan penginapan disediakan. Kalau awak boleh kumpul 10 orang atau lebih, kami boleh datang mengajar di negeri awak.

Berapa harga kelas dan boleh bayar ansuran?

RM3,500 seorang untuk 10 hari, termasuk modul eksklusif, penginapan dan sijil. Boleh bayar ansuran melalui SPayLater atau Atome.

Lepas tamat kelas, ada sokongan lagi?

Ada, seumur hidup. Semua alumni masuk group WhatsApp, Facebook dan Discord. Sejak 2023, alumni dah hantar lebih 4,300 soalan dan cikgu serta senior bantu sampai settle.

Pendaftaran

Kelas 19–28 Disember 2026

Tempat terhad. Isi borang, kami hubungi awak melalui WhatsApp untuk sahkan tempat.

10 Days Advance / Pro Training
RM3,500 / pelajar
  • 10 hari hands-on di Kuantan, Pahang
  • Modul & schematic eksklusif
  • Penginapan disediakan
  • Tools disediakan (bagi yang tak lengkap)
  • Sijil penyertaan
  • Support seumur hidup: WhatsApp, FB & Discord
Bayar ansuran:
SPayLaterAtome

Borang Pendaftaran

Tahap sekarang
Status

Selepas hantar, WhatsApp akan terbuka untuk sahkan pendaftaran dengan cikgu.

Kelas Di Tempat Anda

Kumpul 10 orang. Kami datang mengajar.

Tak semestinya di Kuantan. Kalau awak boleh kumpul 10 orang atau lebih, kami bawa kelas yang sama ke negeri awak: Kedah, Johor, Sabah, mana-mana pun. Kami pernah buat satu batch penuh di Penang.

  • 10+ pesertaOwner kedai, staf, kawan-kawan technician
  • Silibus & modul samaHands-on atas board sebenar, sijil penyertaan
  • TempatKedai, dewan atau bilik latihan. Kalau belum ada, kami bantu cadangkan
  • Support seumur hidupSemua peserta masuk group alumni

Jemput FixGurus

Tempat kelas

Kami akan WhatsApp awak untuk bincang tarikh, tempat dan harga.